Your browser doesn't support javascript.
loading
Show: 20 | 50 | 100
Results 1 - 1 de 1
Filter
Add filters








Language
Year range
1.
Medicine and Health ; : 17-29, 2019.
Article in English | WPRIM | ID: wpr-825528

ABSTRACT

@#Glaukoma adalah sejenis penyakit neurodegeneratif yang berlaku akibat ketidakseimbangan dalam peredaran cecair akues yang disebabkan oleh resistan pada sistem pengaliran keluar cecair tersebut. Ini meningkatkan tekanan intraokular (TIO) yang menyebabkan kerosakan pada saraf optik dan seterusnya mengakibatkan kebutaan yang kekal. Oleh kerana TIO adalah satu faktor risiko glaukoma yang boleh dikawal, ciri-ciri dan variasi tekanan sepanjang 24 jam perlu dikenalpasti sebelum rawatan dimulakan. Pemantauan TIO adalah satu aspek yang terpenting dan kritikal dalam pengurusan glaukoma. Pelbagai tindakan kawalan melalui penggunaan teknologi yang berbeza telah dan sedang dilakukan untuk pemantauan TIO yang kerap dan berterusan selama 24 jam untuk menentukan kewujudan TIO yang tinggi (peak) dan fluktuasi tekanan. Artikel ini bertujuan untuk meninjau pendekatan inovatif yang terkini serta untuk mengulas kepentingan dan kelemahan setiap teknik bagi memperolehi profil TIO selama 24 jam.

SELECTION OF CITATIONS
SEARCH DETAIL